Blog

Bengkel Halatuju MACMA

Satu bengkel Hala Tuju (Strategic Planning ) untuk merancang misi dan visi MACMA selama 5 tahun (2015-2020) telah diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur pada 2-4hb Okt 2015. Bengkel ini adalah julung-julung kali diadakan setelah sekian lama untuk merancang dan merangka balik hala tuju Macma selaras dengan objektif penubuhan asal persatuan ini selama 21 tahun yang lepas.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada Pengerusi ,Timb Pengerusi serta Setiausaha Kehormat dari 17 buah cawangan Macma di seluruh Malaysia. Cawangan -cawangan tersebut adalah dari MACMA Kelantan,Terengganu,Pahang,Johor,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor,Perak (Ipoh),Perak (Taiping),Kedah/Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Sabah dan Labuan (WP). Cawangan dari Sarawak,Bintulu dan Cameron Highland tidak dapat hadir kali ini.

Persatuan juga mengambil kesempatan untuk menyelitkan perbincangan beberapa perkara berkaitan Perlembagaan MACMA seperti isu jenis dan kriteria keahlian, penubuhan cawangan, syarat kelulusan kewangan dan penubuhan lembaga disiplin di sebelah malam.

Saudara Adam Said iaitu CEO Profess Consultancy & Services telah mengendalikan keseluruhan bengkel berkaitan strategi planning dan pada akhir bengkel beliau telah bersetuju “signed up” sebagai Ahli MACMA. (beliau ada keturunan kacukan Cina-Melayu) dan ini secara tidak langsung telah menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli MACMA yang sedia ada.

Satu sesi lawatan ke pejabat baru MACMA Malaysia di Phileo Damansara 1 telah diadakan pada hari terakhir bengkel. Alamat pejabat baru MACMA Malaysia adalah
seperti berikut:

No 1003, Block A, Phileo Damansara 1, No 9,Jalan 16/11 off Jalan
Damansara 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel No: 03-79323207 & 03-79321207 (fax)
Email: admin@macma.my Website: www.macma.my

Selama 3hari 2 malam berkampung di hotel dan akhirnya kami sepakat telah bersetuju untuk menerima gagasan ini sebagai misi dan visi MACMA :

MACMA MISSION STATEMENT

MACMA exists to be the bridge between the Chinese and the Muslim communities in Malaysia and to empower the Chinese Muslim community.

We strive to achieve this by
– sharing the universal message of Islam to the wider Chinese community.
– continuously developing the Islamic knowledge and practices of the chinese muslim, and
– addressing any arising cultural -religion misconceptions.

MACMA VISION 2020 STATEMENT

To be a reputable Chinese Muslim organisation and the reference point for all Malaysian Chinese Muslim related matters.

Akhir kata, Amanat dari Presiden MACMA Malaysia iaitu Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin semoga selepas bengkel ini maka semua peneraju AJK dari cawangan-cawangan lain akan lebih berihtizam dan berfokus kepada matlamat atau wawasan MACMA yang telah disepakati.

Sekian dan wasalam

Laporan oleh:

Nurlaily Yap, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Malaysia

12028863_10207115173173558_4613836695431216544_o 12088580_10207115173933577_4336479267342160552_n IMG-20151003-WA0003 IMG-20151003-WA0031

11222111_10207115203334312_3715428421223890128_n IMG-20151002-WA0146 IMG-20151003-WA0048 IMG-20151004-WA0028 IMG-20151004-WA0054 IMG-20151004-WA0112 P_20151004_082352IMG-20151003-WA0060

Post a comment

75 − 65 =