Blog

Kursus Penghayatan Islam Saudara Kita

IMG-20151123-WA0101Kursus Penghayatan Islam Saudara Kita(Bahasa Cina)yang bertemakan “Kunci Pintu Syurga”anjuran bersama MACMA JOHOR & JAINJ telah sempurna diadakan pada 20-22hb Nov 2015 di Hotel Selesa,Johor Baru.

Seramai 110 org peserta dari Johor Baru,Muar,Ledang,Kluang,Batu Pahat,Pontian,Pasir Gudang,Skudai,Kulai,Selangor,N.Sembilan,Melaka dan Singapura telah menyertai kursus ini.

Objektif Kursus:

1. Mempertingkatkan keimanan,ketaqwaan kpd Allah SWT.

2. Untuk memberi kefahaman dan keyakinan diri terhadap masyarakat.

3. Merapatkan ikatan ukhwah dan kasih sayang di   kalangan peserta

4. Menjadi pendakwah dan penggerak ke arah perpaduan saudara kita.

Tajuk-tajuk yang telah diperbincangkan adalah spt berikut :

1.”Kebaikan Solat kepada Kesihatan” – Dr Baharuddin Yin

2. “Pengagihan Harta Pusaka Mengikut Hukum Faraid”- Hj Ikbal Salam

3.Perbandingan Agama: “Tuhan Yang Satu”-Bro Jaysuman

4.Motivasi – “U Can Do It”- En Chan Kun Fock

5.Bengkel : “Hala Tuju Saudara Muslim”

6. “Pengertian Seorang Muslim” – Prof Madya Dr Fatin Aliah Phang

7. “Cabaran Cina Muslim”- Hj Sulaiman Ding

8. Forum & Sharing

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yg.Bhg Tuan Haji Mohd Buranuddin bin Hj Tibek iaitu KPP Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor pada hari pertama kursus.

Alhamdulilah,Presiden MACMA Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin yang sempat hadir telah mengetuai upacara syahadah dalam bahasa Cina Hakka seorang saudara baru di hari terakhir kursus ini.

Rata-rata peserta amat menyokong dan menantikan  program sedemikian dimana kesemua tajuk atau topik yang disampaikan adalah dalam Bahasa Cina/Mandarin. Semoga segala ilmu yang diperoleh akan terus dimanfaatkan. Insya Allah.

Akhir kata ucapan terima kasih dan sekalung budi kepada Pengerusi MACMA JOHOR iaitu Hj Mohd Shaiful Bahri Choo dan barisan AJK beliau yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Semoga Allah SWT dapat membalas segala jasa-jasa mereka.

IMG-20151123-WA0098IMG-20151123-WA0094IMG-20151123-WA0099IMG-20151123-WA0091syahadah-johor

Post a comment

3 + 2 =