ABOUT US

Pengenalan

MACMA (singkatan nama Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada 8hb September 1994 bagi memenuhi kehendak masyarakat Cina Muslim untuk menggembleng usaha dakwah dengan lebih berkesan dan terfokus kepada bangsa Cina serta rakyat berbilang kaum di negara ini.

Penubuhan Macma selain daripada mempromosikan atau menyampaikan pengajaran islam kepada masyarakat Cina  juga  bertujuan menyediakan bantuan dan perkhidmatan dari pelbagai aspek kepada ahli seperti  kelas fardhu ain dan kelas bimbingan lanjutan dalam pelbagai bahasa khususnya dalam bahasa Cina , menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli , memberi khidmat kaunseling dan sokongan moral,  menyediakan peluang pendidikan lanjutan sepanjang hayat , meningkatkan taraf sosial ekonomi dan  memupuk semangat sukarela di kalangan ahli supaya dapat melahirkan satu golongan Cina Muslim yang bertaqwa untuk menjadi “ Khairul Ummah “  sepertimana dituntut dari kitab suci Al-Quran.

Macma juga memainkan peranan sebagai jurucakap  bagi golongan Cina Muslim di Malaysia dan juga sebagai jambatan untuk membina penyatuan melalui kepelbagaian bangsa dan kepercayaan di dalam keunikan masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina yang belum Islam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

+ 79 = 89

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current month ye@r day *