OBJEKTIF UTAMA MACMA MALAYSIA

Membangunkan komuniti Cina Muslim  menjadi satu ummah yang bertaqwa dan berilmu serta mewakili dan menjaga hal ehwal yang berkaitan  dengan mereka dalam segala aspek termasuk bimbingan, kebajikan, latihan dan pendidikan, sokongan moral dan pembangunan ekonomi.

Membantu dan menjadi pihak penyatuan dalam menyemai pengetahuan, kesedaran diri, pengislahan diri terhadap penghayatan Islam serta menjadi penyebar dan pemangkin dakwah Islamiah kepada masyarakat Cina yang belum Islam.

Mengukuhkan tali persaudaraan diantara kaum Cina Muslim Malaysia dengan Muslim dari kaum lain di dalam Malaysia