Blog

Betulkah dia seorang ulama?

Xifu Naser – Sinar Harian 17 November 2015

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/xifu-naser/betulkah-dia-seorang-ulama-1.452381

“APA hujah kamu bahawa si fulan adalah seorang ulama?” Saya selalu tanya soalan ini kepada mereka yang terlalu taksub kepada satu individu.

Kalau mengikut Katolik Kristian, jawapannya mudah. Autoriti gereja di Vatican yang memberi tauliah kepadanya sebagai paderi dan pengampun dosa.

Read more

Kursus Penghayatan Islam Saudara Kita

IMG-20151123-WA0101Kursus Penghayatan Islam Saudara Kita(Bahasa Cina)yang bertemakan “Kunci Pintu Syurga”anjuran bersama MACMA JOHOR & JAINJ telah sempurna diadakan pada 20-22hb Nov 2015 di Hotel Selesa,Johor Baru.

Seramai 110 org peserta dari Johor Baru,Muar,Ledang,Kluang,Batu Pahat,Pontian,Pasir Gudang,Skudai,Kulai,Selangor,N.Sembilan,Melaka dan Singapura telah menyertai kursus ini.

Read more

Kebajikan – Shamsul Lim

Bro Shamsul Lim menghadapi kemalangan jalanraya kira-kira 6 tahun yang lepas. Lebih malang lagi, isterinya pula lari meninggalkannya. Kini beliau telah dijaga oleh ibunya yang belum Islam. Kebajikan beliau telah dijaga oleh MACMA Selangor sejak 2 tahun yang lepas.

Terbaru, MACMA Malaysia melalui Bro Mohd Azran Chan telah berkunjung ke rumah beliau di Kuala Lumpur bersama kariah Surau Islamiah Ampang Tasik untuk memantau keadaan beliau.Shamsul-lim

Read more

Happy Islamic New Year 1437H

Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) would like to wish all our members and friends “A Very Happy Islamic New Year 1437H. May the AL -Mighty blessed and make ease in all our future endeavours and undertakings,

The Islamic New Year is on the first day of Muharram, the first month in the lunar Islamic calendar, which differs from the Gregorian calendar. A year lasts for about 354 days and consists of 12 months in the Islamic/Hijri calendar. As the first month of the year, Muharram known as the month of remembrance and it is believed to be the most sacred month. Muslims are not allowed to fight during Muharram.

Islamic Calendar is used to date events in many Muslim countries (concurrently with the Gregorian calendar), and used by Muslims everywhere to determine the proper days on which to observe the annual fast (see Ramadan), to attend Hajj, and to celebrate other Islamic holidays and festivals.

Islamic New Year is the perfect occasion to get together with friends and family and we wish every one A Happy ISLAMIC NEW YEAR 1437H.

Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc
President
Malaysian Chinese Muslim Association

马来西亚华人穆斯林协会在此祝贺广大穆斯林兄弟姐妹们1437年回历新年快乐!祈求真主保佑大家阖家欢乐,事业有成,万事如意。

回历新年以穆哈兰月为始,即回历的第一个月,它和我们熟悉的阳历有些差别。回历拥有354天,分布于十二个月。穆哈兰月为回历的第一个月,它是最初始和神圣的月份。在此月份中穆斯林禁止任何战争和纠纷。

回历在很多穆斯林国家广泛使用。它应用于记载事故,计算斋月起始和朝觐等其它穆斯林假期和节日.

回历新年是吉祥的的日子。穆斯林家庭会在此时和亲朋戚友团聚,欢庆和互相祝福“回历新年快乐”。

叶永兴教授
总会长
马来西亚华人穆斯林协会

macma-muharram-1437

Read more

Lawatan ke pejabat Mufti WP

Barisan tertinggi kepimpinan Persatuan Cina Muslim Malaysia ( MACMA ) yang diketuai oleh Presiden Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin telah mengadakan Ziarah Mahabbah atau Kunjungan Mesra ke Pejabat Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri pada 13 Oktober 2015..

Ziarah ini merupakan titik tolak permulaan ukhuwah antara pimpinan Macma dengan Datuk Dr. Zulkifli dimana pelbagai isu telah dibincangkan bersama berhubung pencapaian, kebajikan,pentauliahan dan pembangunan Cina Muslim di Malaysia.

Semoga dengan sokongan padu dan keperihatinan Mufti WP terhadap isu-isu semasa saudara baru dan permasalahan yang dihadapi oleh MACMA nescaya banyak kekusutan dapat dirungkaikan.

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Laporan oleh;

Nurlaily Yap Abdullah

muft (3) muft (4) muft (1) muft (2)

Read more

Daripada mualaf ke ulama

Dr. Yamin Cheng – Sinar Harian 10 Oktober 2015

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/daripada-mualaf-ke-ulama-1.438782

SEANDAINYA Muslim Tionghoa Malaysia mempunyai ulama, bagaimanakah rupa ulama ini?

Budaya hidup Cina boleh menjadi konteks untuk melihat wajah ulama Muslim Tionghoa Malaysia yang terbentuk daripadanya.

Ambil pesta tanglung sebagai contoh. Saban tahun Kerajaan Malaysia menganjurkan pesta ini sebagai tanda muhibah negara kita yang berbilang kaum yang turut disertai oleh masyarakat Islam negara ini. Walaupun niatnya murni tetapi ia juga mesti menepati kehendak agama Islam itu sendiri.

Ada ura-ura mengatakan pesta tanglung mempunyai elemen mitos dan legenda yang mengandungi unsur ketuhanan dan kedewaan dan dengan itu pesta tanglung adalah satu upacara yang menyalahi akidah dan syariah Islam.

Seandainya kita menyelidik asal-usul pesta tanglung, tidak terdapat unsur yang dapat dikenal pasti dengan tepat sebagai punca wujudnya pesta tersebut. Yang ada cuma cerita-cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Justeru, apakah mitos dan legenda yang tidak dapat dipastikan mana satu adalah punca di sebalik asal-usul pesta tanglung boleh dijadikan dalil untuk menentukan hukum tentang pesta tersebut?

Profesor Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam ada menjelaskan tentang kaedah menentukan status hukum sesuatu perkara, baik dari segi akidah mahupun syariah, iaitu ‘Tidak dikira haram sesuatu perkara melainkan terdapat nas yang sahih dan sarih (jelas) daripada pembuat hukum (al-Shaari’ iaitu Tuhan) mengenai pengharamannya, dan seandainya tidak terdapat nas yang sahih (seperti setengah hadis daif) atau tiadanya apa yang jelas dalam dalil hukum (al-dalaalah) tentang haram sesuatu perkara, maka hukumnya ialah apa yang termaktub dalam asalnya, iaitu dibolehkan perkara tersebut (ibahah).’

Akidah dan syariah, iman dan amal, pegangan hidup dan perbuatan, saling berkait. Kepercayaan mesti diikuti dengan perbuatan untuk menunjukkan pengiktirafan kepercayaan tersebut. Dalam erti kata lain, mesti terdapat ittisal atau penyambungan terus di antara maudu’ (isi kandungan) dengan amalan pengiktirafan maudu’ tersebut supaya mereka dilihat serasi dan selari di antara satu sama lain. Dengan erti kata lain, pesta tanglung yang dikatakan berlatarbelakangkan cerita mitos dan legenda yang mengandungi unsur ketuhanan dan kedewaan mesti diikuti dengan aktiviti tanglung yang menunjukkan penyembahan tuhan dan dewa atau dewi berkenaan.

Sekiranya kita mengamati bagaimana pesta tanglung di Malaysia diraikan, kita akan dapati tanglung-tanglung itu kebanyakannya dipamer dan diarak oleh anak-anak kecil.
Selain dari itu, tanglung-tanglung itu berbentuk haiwan seperti ikan, rama-rama, arnab dan sebagainya, dan kini pula terdapat tanglung-tanglung yang berbentuk seperti Doraemon, Superman, Mickey Mouse, dan banyak lagi karakter komik kanak-kanak.

Seandainya pesta tanglung itu ada kaitan dengan dewa-dewi, semestinya tanglung-tanglung itu mempunyai ciri-ciri dan wajah yang merupai dewa-dewi berkenaan sebab tanglung-tanglung tersebut mesti membawa mesej pemujaan dan penyembahan dewa-dewi itu. Tidakkah tanglung-tanglung yang berbentuk keanak-anakan dan karakter-karakter komik satu penghinaan kepada suatu upacara keagamaan sekiranya pesta tanglung itu dianggap satu acara melibatkan unsur-unsur keagamaan? Dan apakah kaitan tanglung-tanglung arnab, rama-rama, Doraemon dan Superman dengan dewa-dewi yang dikatakan menjadi sebab wujudnya pesta tanglung?

Selain dari itu, seandainya pesta tanglung mengandungi unsur keagamaan yang bertentangan dengan Islam, tentunya masyarakat Muslim Tionghoa Malaysia akan meninggalkan sambutan ini walaupun ia adalah sebahagian dari kebudayaan kaum mereka, sebagaimana mereka meninggalkan Qing Ming atau Cheng Beng, iaitu hari memperingati moyang di mana terdapat upacara menyembah moyang dengan membersihkan kubur mereka serta disembahkan makanan, minuman dan keperluan asas seperti pakaian, perkakas rumah dan sebagainya yang dibuat dari kertas kepada mereka.

Muslim Tionghoa Malaysia akan terus berhadapan dengan pertanyaan tentang sejauh manakah budaya hidup Cina sejajar dengan ajaran Islam.
Namun setiap pertanyaan yang dihadapi boleh menjadikan mereka lebih kental dari segi mental dan peribadi sehingga dari mualaf yang terpinga-pinga mencari jawapan mereka boleh menjadi ulama yang memberikan jawapan yang bernas dan penuh hujah tentang bagaimanakah budaya hidup Cina mencerminkan kehidupan Islam itu sendiri.

* Penulis bekas pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAMYamin-Cheng

Read more

Bengkel Halatuju MACMA

Satu bengkel Hala Tuju (Strategic Planning ) untuk merancang misi dan visi MACMA selama 5 tahun (2015-2020) telah diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur pada 2-4hb Okt 2015. Bengkel ini adalah julung-julung kali diadakan setelah sekian lama untuk merancang dan merangka balik hala tuju Macma selaras dengan objektif penubuhan asal persatuan ini selama 21 tahun yang lepas.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada Pengerusi ,Timb Pengerusi serta Setiausaha Kehormat dari 17 buah cawangan Macma di seluruh Malaysia. Cawangan -cawangan tersebut adalah dari MACMA Kelantan,Terengganu,Pahang,Johor,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor,Perak (Ipoh),Perak (Taiping),Kedah/Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Sabah dan Labuan (WP). Cawangan dari Sarawak,Bintulu dan Cameron Highland tidak dapat hadir kali ini.

Persatuan juga mengambil kesempatan untuk menyelitkan perbincangan beberapa perkara berkaitan Perlembagaan MACMA seperti isu jenis dan kriteria keahlian, penubuhan cawangan, syarat kelulusan kewangan dan penubuhan lembaga disiplin di sebelah malam.

Saudara Adam Said iaitu CEO Profess Consultancy & Services telah mengendalikan keseluruhan bengkel berkaitan strategi planning dan pada akhir bengkel beliau telah bersetuju “signed up” sebagai Ahli MACMA. (beliau ada keturunan kacukan Cina-Melayu) dan ini secara tidak langsung telah menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli MACMA yang sedia ada.

Satu sesi lawatan ke pejabat baru MACMA Malaysia di Phileo Damansara 1 telah diadakan pada hari terakhir bengkel. Alamat pejabat baru MACMA Malaysia adalah
seperti berikut:

No 1003, Block A, Phileo Damansara 1, No 9,Jalan 16/11 off Jalan
Damansara 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel No: 03-79323207 & 03-79321207 (fax)
Email: admin@macma.my Website: www.macma.my

Selama 3hari 2 malam berkampung di hotel dan akhirnya kami sepakat telah bersetuju untuk menerima gagasan ini sebagai misi dan visi MACMA :

MACMA MISSION STATEMENT

MACMA exists to be the bridge between the Chinese and the Muslim communities in Malaysia and to empower the Chinese Muslim community.

We strive to achieve this by
– sharing the universal message of Islam to the wider Chinese community.
– continuously developing the Islamic knowledge and practices of the chinese muslim, and
– addressing any arising cultural -religion misconceptions.

MACMA VISION 2020 STATEMENT

To be a reputable Chinese Muslim organisation and the reference point for all Malaysian Chinese Muslim related matters.

Akhir kata, Amanat dari Presiden MACMA Malaysia iaitu Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin semoga selepas bengkel ini maka semua peneraju AJK dari cawangan-cawangan lain akan lebih berihtizam dan berfokus kepada matlamat atau wawasan MACMA yang telah disepakati.

Sekian dan wasalam

Laporan oleh:

Nurlaily Yap, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Malaysia

12028863_10207115173173558_4613836695431216544_o 12088580_10207115173933577_4336479267342160552_n IMG-20151003-WA0003 IMG-20151003-WA0031

11222111_10207115203334312_3715428421223890128_n IMG-20151002-WA0146 IMG-20151003-WA0048 IMG-20151004-WA0028 IMG-20151004-WA0054 IMG-20151004-WA0112 P_20151004_082352IMG-20151003-WA0060

Read more

Lawatan Presiden MACMA ke MAINS

Pada 2hb Okt 2015, pemimpin tertinggi Macma Malaysia yang diketuai oleh Presiden MACMA , Ybhg. Prof. Dr. Hj. Taufiq Yap Yun Hin , Timbalan Presiden Tn. Hj. Sharin Low Abdullah dan Naib Presiden Tn. Hj. Halim Shin bersama Pengerusi Cawangan Macma Negeri SembilanTn. Hj. Sufian Yap telah melakukan Kunjungan Hormat keatas Ybhg. Tn. Haji Kamal Amran , Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan .
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru Macma Malaysia, yang Insya Allah akan bergerak lebih proaktif dalam hal-hal berkaitan dakwah untuk masyarakat Cina khasnya. Menjalin Kerjasama yang lebih baik dengan semua agensi Agama diseluruh Malaysia.
Antara topik yang disampaikan; Memandangankan masalah dakwah kepada masyarakat Cina ini adalah Bahasa, MACMA telah mengambil initiatif bergabung menubuhkan sebuah SEKOLAH RENDAH ISLAM AWFA, SEREMBAN 2 yang akan mengutamakan Akademik KBSR + Diniyyah + Bahasa Mandarin, Presiden Macma Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola dan Pengerusi Macma Negeri Sembilan telah dilantik sebagai salah seorang pengelola sekolah tersebut.
Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan seberapa ramai Dae’i tak kira apa bangsa yang tahu berbahasa Cina (mandarin).
Pengambilan pelajar Pra, Darjah 1,2 dan 3 bagi tahun 2016 bagi peringkat permulaan.
Kunjungan ini kami rasakan sangat bermakna dan mudah-mudah mendapat keberkataan Allah swt demi meninggikan syiar islam….
Terima kasih kepada Ybhg. Tn Hj. Kamal Amran yang telah sudi menerima kunjungan yang sangat bermakna buat MACMA keseluruhannya.
Alhamdulillah

macma-to-mains macma-to-mains1 macma-to-mains2 macma-to-mains3

Read more

Perjumpaan dengan YB Dato Seri Jamil Khir

Perjumpaan dengan YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di pejabat beliau di Putrajaya pada jam 6.15 pm, 30 September 2015. Antara wakil MACMA yang hadir ialah Presiden – Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Timbalan Presiden – Haji Sharin Low, Naib Presiden (L) – Haji Halim Shin, Naib Presiden (W) – Datin Mashitah Liew, Setiausaha Agung Kehormat – Nurlaily Yap, Ketua Biro Pendidikan – Xifu Naser, Ketua Biro Dakwah – Dr. Nur Athiroh Masyaail Tan dan Ketua Biro Belia – Azran Chan.

Antara yang dibincangkan adalah peranan Cina Muslim sebagai jambatan penghubung antara Melayu dan Cina, pembinaan masjid bersenibina di Jalan Davis, khidmat bantuan dan sokongan Saudara Muslim Muhajirin, projek terjemahan Al-Quran Mandarin dan lain-lain lagi.

jamil-khir1jamil-khir2jamil-khir3jamil-khir4

Read more

Mesyuarat Panel Pakar Syariah

MACMA telah diundang untuk memberi penerangan tentang Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Mid Autumn Festival) yang berkaitan dengan tanglung dan kuih bulan di Mesyuarat Panel Pakar Syariah kali ke-89 anjuran JAKIM di The Royale Bintang, Seremban pada jam 9 pagi 30 September 2015.

MACMA telah diwakili oleh Presiden – Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Presiden – Haji Halim Shin, Ketua Biro Pendidikan – Xifu Naser, AJK – Azran Chan, Pengerusi MACMA Selangor – Haji Adam Lee dan Pensyarah UIA – Dr. Osman Chua.

Pihak MACMA telah menerangkan kepada para Mufti dan pakar Syariah yang dipengerusikan oleh Mufti Kelantan, bahawa perayaan ini adalah kebudayaan dan Urf kaum Tionghua dan tidak berkaitan dengan agama.

panel-syariah-meeting1panel-syariah-meeting2panel-syariah-meeting3

Read more