Apabila PM mengumumkan pada 16 Mac 2020, bahawa mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 (kini telah disambung selama 2 minggu lagi sehingga 14 April 2020) akan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka pihak MACMA telah melancarkan “crowd funding” untuk Tabung Kebajikan COVID-19 bagi membantu ahli-ahli MACMA yang terjejas pendapatan, terutamanya yang bekerja sendiri atau yang bergaji hari menyebabkan mereka terputus bekalan makanan. Selain daripada ahli, kami juga telah membantu mualaf yang bukan ahli serta asnaf fakir/miskin termasuk ibu tunggal.

Saudara Abdul Halim Teng, Ketua Biro Dakwah MACMA Kelantan telah dilantik sebagai Penyelaras Tabung Kebajikan Covid-19 MACMA. Beliau bertanggungjawab untuk melapor terus kepada dua Naib Presiden MACMA, iaitu Dr Johari Yap dan Datin Norhana Ng berkaitan tabung ini.