Blog

Lawatan Presiden MACMA ke MAINS

Pada 2hb Okt 2015, pemimpin tertinggi Macma Malaysia yang diketuai oleh Presiden MACMA , Ybhg. Prof. Dr. Hj. Taufiq Yap Yun Hin , Timbalan Presiden Tn. Hj. Sharin Low Abdullah dan Naib Presiden Tn. Hj. Halim Shin bersama Pengerusi Cawangan Macma Negeri SembilanTn. Hj. Sufian Yap telah melakukan Kunjungan Hormat keatas Ybhg. Tn. Haji Kamal Amran , Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan .
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru Macma Malaysia, yang Insya Allah akan bergerak lebih proaktif dalam hal-hal berkaitan dakwah untuk masyarakat Cina khasnya. Menjalin Kerjasama yang lebih baik dengan semua agensi Agama diseluruh Malaysia.
Antara topik yang disampaikan; Memandangankan masalah dakwah kepada masyarakat Cina ini adalah Bahasa, MACMA telah mengambil initiatif bergabung menubuhkan sebuah SEKOLAH RENDAH ISLAM AWFA, SEREMBAN 2 yang akan mengutamakan Akademik KBSR + Diniyyah + Bahasa Mandarin, Presiden Macma Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola dan Pengerusi Macma Negeri Sembilan telah dilantik sebagai salah seorang pengelola sekolah tersebut.
Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan seberapa ramai Dae’i tak kira apa bangsa yang tahu berbahasa Cina (mandarin).
Pengambilan pelajar Pra, Darjah 1,2 dan 3 bagi tahun 2016 bagi peringkat permulaan.
Kunjungan ini kami rasakan sangat bermakna dan mudah-mudah mendapat keberkataan Allah swt demi meninggikan syiar islam….
Terima kasih kepada Ybhg. Tn Hj. Kamal Amran yang telah sudi menerima kunjungan yang sangat bermakna buat MACMA keseluruhannya.
Alhamdulillah

macma-to-mains macma-to-mains1 macma-to-mains2 macma-to-mains3

Post a comment

5 + 1 =