Blog

Lawatan ke pejabat Mufti WP

Barisan tertinggi kepimpinan Persatuan Cina Muslim Malaysia ( MACMA ) yang diketuai oleh Presiden Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin telah mengadakan Ziarah Mahabbah atau Kunjungan Mesra ke Pejabat Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri pada 13 Oktober 2015..

Ziarah ini merupakan titik tolak permulaan ukhuwah antara pimpinan Macma dengan Datuk Dr. Zulkifli dimana pelbagai isu telah dibincangkan bersama berhubung pencapaian, kebajikan,pentauliahan dan pembangunan Cina Muslim di Malaysia.

Semoga dengan sokongan padu dan keperihatinan Mufti WP terhadap isu-isu semasa saudara baru dan permasalahan yang dihadapi oleh MACMA nescaya banyak kekusutan dapat dirungkaikan.

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Laporan oleh;

Nurlaily Yap Abdullah

muft (3) muft (4) muft (1) muft (2)

Post a comment

+ 14 = 20