Blog

Pilih Islam, wa masih Cina

Sinar Harian – 15 September 2015

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/johari-yap/pilih-islam-wa-masih-cina-1.431033

CHAN Ah Lee, atau Ah Lee, merupakan anak sulung daripada enam beradik. Kesemua adiknya perempuan. Dialah satu-satunya anak lelaki kebanggaan keluarga, anak yang akan membawa nama keluarga Chan ke generasi seterusnya. Apabila berita pengislaman Ah Lee sampai ke pengetahuan ibu bapanya, Ah Lee sudah bersedia dengan segala jenis kemungkinan. Kena marah memang pasti. Beliau bertawakal. Soalan pertama yang ditanya bapanya, “Kenapa lu masuk Melayu?”.

“Mana ada papa. Wa masih Cina. Hanya kepercayaan wa berubah. Tapi wa tetap Cina. Papa dan mama masih bapa dan ibu wa. Malahan, agama Islam mewajibkan wa taat kepada ibu bapa, walaupun berlainan agama”.

“Habis tu. Kenapa lu tukar nama?”, tanya bapanya lagi.

“Wa tak tukar nama la papa, hanya tambah nama Arab di depan supaya orang tahu wa ini Islam. Sebab wa mata sepet, cakap pun ada sikit pelat. Kalau tak ada nama Arab di depan, nanti lagi susah mau cerita”,  jawab Ah Lee.

Sekarang pun, setiap kali hendak menunaikan solat di masjid, disebabkan oleh paras rupanya yang tidak kemelayuan, Ah Lee sering ditanya adakah dia Islam. Siap disuruh bacakan Surah Al-Fatihah untuk membuktikan keislaman beliau.

Pada mulanya, memang sakit hati. Orang lain yang mata tidak sepet tidak pula disuruh buktikan mereka Islam. Tapi lama-kelamaan, bacaan Al-Fatihah beliau menjadi lebih lancar. Jadi, ada baiknya juga dia disuruh mengulang surah tersebut banyak kali.

“Kalau dulu nama wa Chan Ah Lee, sekarang nama Islam wa Mohammad Chan Ah Lee. Kalau watak tukar nama pun tak mengapa. Nama Islam adalah nama yang mempunyai maksud baik. Tapi wa ikut nasihat Jakim (Fatwa Kebangsaan tahun 1981), untuk letak nama Arab di depan nama Cina, supaya orang ramai tak keliru”, ujar Ah Lee lagi. Sejak kecil, Ah Lee digelar sebagai Ali oleh kalangan rakan Melayu. Tetapi nama Mohammad yang menjadi pilihan beliau. Nama seorang pemimpin Islam yang agung.

“Ingatkan anak bertuah ni dah tukar nama Bin Abdullah macam orang lain”, fikir bapa Ah Lee. “Aku masih hidup, kalau dia tukar nama bapa dia dengan Abdullah, memang aku kerjakan anak bertuah ni,” fikir bapanya lagi.

“Soalan kedua. Wa tengok lu ada pakai baju Melayu masa hari Jumaat. Apa pasal? Mahu jadi Melayu ka?”, tanya bapa Ah Lee lagi, dengan nada yang sedikit rendah.

“Pakai baju Melayu tak semestinya wa jadi Melayu papa. Hari lain wa pakai baju kemeja, tali leher dan jaket, tak ada pula orang kata wa masuk Inggeris. Kadang-kadang wa berjubah Arab. Lagipun, kawan-kawan Cina Peranakan Kelantan yang wa kenal, ramai yang pakai kain pelekat macam Melayu, tapi mereka tidak dikatakan masuk Melayu pula,” jawab Ah Lee dengan penuh lemah-lembut.

Walaupun Malaysia sudah 58 tahun merdeka, persepsi masuk Islam sebagai masuk Melayu masih tebal. Ramai kalangan masyarakat Cina masih beranggapan masuk Islam itu masuk Melayu. Hal ini berlaku kerana generasi Cina Muslim  terdahulu menukarkan nama mereka kepada bin dan binti Abdullah, berpakaian Melayu, berbahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu.

Berbaju Cina tidak salah asalkan menutup aurat. Berbahasa Cina pun tidak salah. Malahan, menyambut Tahun Baharu Cina serta mengamalkan budaya Cina juga tidak salah asalkan tidak melanggar syariat. Untuk membuktikan beliau tidak masuk Melayu, Mohammad Chan memakai seluar jeans Levi’s dan baju T bertulisan Cina, bukannya baju Melayu dan bersamping ketika pertama kali mengucap dua kalimah syahadah.

Alangkah indahnya jika masyarakat Cina Muslim masih mengamalkan budaya Cina serta mengekalkan nama Cina. Ini akan memudahkan orang seperti Mohammad Chan untuk memeluk Islam dan mungkin tidak mendapat tentangan hebat ibu bapa sebagaimana yang dialaminya sekarang. Ini juga akan memudahkan usaha dakwah kepada masyarakat Cina lain yang belum Islam.

Bukan senang bagi seorang Cina itu memeluk Islam. Masih ramai yang merahsiakan keislaman mereka sekarang ini atas banyak faktor. Mereka juga perlu memberanikan diri bukan sahaja untuk berhadapan dengan keluarga dan rakan bukan Islam yang lain, malahan berhadapan dengan masyarakat Islam asal yang mungkin memandang sinis terhadap mereka. Ada yang berpendapat, mereka memeluk Islam kerana mempunyai motif tertentu (seperti berkahwin) atau ada kepentingan yang lain.

Sekarang sudah ada masjid-masjid berseni bina Cina di Rantau Panjang, Ipoh, dan Melaka. Ustaz dan pendakwah berketurunan Cina juga semakin ramai. Kita perlu lebih ramai pendakwah multikultural ini kerana mereka lebih memahami segala permasalahan muhajirin, mereka yang baharu memeluk Islam. Gerakan Cina Muslim terutamanya melalui Macma juga telah memberikan nafas baharu dalam dakwah bukan Islam dan kini bergerak aktif di seluruh Malaysia dalam menyebarkan kebenaran Islam.

Bukan mudah, untuk orang seperti Mohammad Chan, membuktikan kepada masyarakat Cina bahawasanya menjadi Islam tidak akan mengurangkan kecinaannya, manakala kepada masyarakat Islam pula, menjadi Cina tidak mengurangkan keIslaman beliau.

Bagi Mohammad Chan, walaupun dia sudah Islam, “Wa masih Cina”.

Read more

Amanat kemerdekaan daripada Presiden MACMA

Amanat kemerdekaan ke-58 Malaysia daripada Presiden MACMA Malaysia, Prof. Dr Taufiq Yap Yun Hin.

presiden-merdeka-2015

Read more

Pesta Tanglung MACMA Selangor

PESTA TANGLUNG MACMA SELANGOR 2015

Alhamdulillah, Segala puji-pujian bagi Allah subhanahu wataala. Pesta Tanglung anjuran bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Dewan Bagan Sungai Besar pada 26 hb Ogos telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Lebih kurang 300 penduduk Tionghua di Bagan, Sungai Besar menghadiri program ini. Pihak penganjur menyediakan kuih bulan dan makanan yang enak kepada para hadirin pada hari tersebut.

Selain daripada itu, pihak penganjur turut menganjurkan berbagai acara menarik pada hari itu. Antaranya ialah pertandingan mewarna, mereka tanglung, pertandingan kaligafi Cina, pertunjukkan ‘Mee Tarik’ dan cabutan bertuah.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli MACMA Selangor serta penduduk Bagan, Sungai Besar yang bersam-sama menjayakan program ini.

月圆花好庆中秋2015
一切赞美全归真主,马来西亚华人穆斯林协会(雪分会)和雪兰莪伊斯兰宗教理事会(MAIS)于9月26日(星期六)下午5时在大港港口民众礼堂联办2015月圆花好庆中秋已圆满举行。
大会吸引近300 名大港华裔居民出席, 同欢共庆。主办当局也派发免费月饼和准备美味的佳肴供民众享用。
当晚的节目多姿多彩,有填色比赛,灯笼制作比赛,书画比赛,拉面表演以及幸运抽奖。
除此之外,主办当局也邀请马来西亚伊斯兰福利机构(PERKIM)的Sulaiman Ding 老师和民众分享月饼的故事和来源。
主办当局至诚感谢全体马来西亚华人穆斯林协会(雪分会)委员和会员以及大港港口居民给予支持和协助让这个活动顺利,圆满举行。
谢谢。 真主至大。

pesta-tanglung-selangor (1) pesta-tanglung-selangor (2) pesta-tanglung-selangor (3) pesta-tanglung-selangor (4) pesta-tanglung-selangor (5) pesta-tanglung-selangor (6) pesta-tanglung-selangor (7) pesta-tanglung-selangor (8) pesta-tanglung-selangor (9) pesta-tanglung-selangor (10)

Read more

Apa lagi Cina Muslim mahu?

Sinar Harian – 24 Julai 2015.

TERDAPAT suara sumbang kononnya golongan Cina Muslim ini selalu bising-bising bangga dengan nama Cina. Kaum lain yang berhijrah ke agama Islam tak pernah bising.

Semua bangsa dalam dunia ini berbangga dengan nama Islam. Tetapi golongan Cina Muslim ini mahu kekalkan nama Cina.

Apa lagi Cina Muslim mahu?

Apa itu nama Islam? Nama Islam ialah nama yang mempunyai maksud yang baik, tidak semestinya dalam bahasa Arab sahaja. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ramai sahabat yang memeluk Islam dan mengekalkan nama asal walaupun bukan dalam bahasa Arab.

Antaranya, Salman al-Farisi dari Parsi dan Bilal bin Rabah dari Habsyah (Ethiopia).

Enam maqasid (objektif) syariah yang utama ialah jaga agama, jaga jiwa, jaga akal, jaga harta, jaga maruah dan jaga keturunan. Kalau kita mem’bin’kan Abdullah, kita telah memusnahkan objektif syariah untuk jaga keturunan.

Kenapa harus dibinkan dengan Abdullah sedangkan masing-masing mengetahui nama bapa sendiri? Cina Muslim bukan mahu cari hal. Cuma minta dihormati hak menjaga nasab keluarga. Tujuannya untuk mengelakkan daripada berlakunya perkahwinan sesama ahli keluarga akibat tidak tahu asal-usul masing-masing.

Kita semua hamba ALLAH SWT. Persoalannya, adakah Abdullah itu bapa kita? Sebagai contoh, Awang Bin Leman baru dapat kerja di sebuah syarikat terkenal. Satu daripada polisi syarikat itu adalah perlu menukar nama kepada Awang bin Abdullah.

Tidak mengapa, kita ini semua anak kepada hamba ALLAH. Mahukah Awang menukar namanya?

Lebih parah lagi, CEO syarikat tersebut mengatakan nama Awang itu tidak Islamik. Perlu kepada nama Arab. Perlu tukar kepada Mohammad Awang bin Abdullah, atau Mohammad bin Abdullah. Mahukah Awang menukar nama beliau?

Adakah kawan-kawan Awang akan turut bekerja di syarikat tersebut jika terpaksa menukar nama mereka?

Saya suka dengan nama Awang ini sebab ia nama popular di Kelantan. Sepupu saya bernama Ong Awang walaupun bukan Islam. Bekas guru Bahasa Melayu saya semasa bersekolah tingkatan 6 di SMJK Chung Hwa, Kota Bharu, bernama Law Awang walaupun juga bukan beragama Islam.

Mereka yang bukan Islam sering menganggap kononnya Islam tidak menghormati hak individu. Mereka mengatakan Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara anak dan bapa serta keluarga. Lebih parah lagi jika nama keluarga juga disuruh buang kerana tidak berbunyi Arab.

Maka mereka bertambah anti lagi kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam nama keluarga akan dibuang. Lebih-lebih lagi ketika pertama kali mengucapkan dua kalimah syahadah, siap pakai baju Melayu dan bersamping. Sah masuk Melayu! Jangan jadikan peluk Islam itu satu fitnah terhadap Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 membincangkan Penamaan Saudara Baru.

Muzakarah memutuskan bagi saudara baru (mualaf) nama mereka hendaklah ditambah nama Islam mendahului nama asalnya, misalnya Ahmad Chong Ah Kaw.

Presiden MACMA, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin meletakkan nama Arab di depan nama Cina beliau. Begitu juga Firdaus Wong Wai Hung dan Ikram Yeo Wai Kiat.

Manakala sahabat saya yang lain memilih untuk mengekalkan nama mereka, antaranya Ann Wan Seng, Beh Boon Seng dan Lim Jooi Soon. Sebagai contoh, nama Lim Jooi Soon mempunyai maksud yang baik serta tidak melanggar syariat.

Lim adalah nama keluarga, Jooi adalah nama keturunan dan Soon adalah nama beliau yang bermaksud ‘membawa kejayaan’.

Walaupun fatwa tersebut dikeluarkan pada tahun 1981, masih ada aduan daripada mualaf yang menyatakan kesukaran bagi mereka untuk mengekalkan nama asal. Masih terdapat mereka (biasanya yang bekerja di jabatan agama) yang memaksa Cina Muslim ini menggunakan nama bin/binti Abdullah.

Jika tidak, kononnya tidak boleh pergi umrah atau haji.

Ini menakutkan masyarakat Cina untuk memeluk Islam, bahkan ada yang membatalkan hasrat memeluk Islam kerana tidak mahu membuang keturunan dan nasab mereka.

Kekalkan nama asal

Menukar nama kepada bin atau binti Abdullah adalah budaya Malaysia sejak merdeka lagi. Ia tidak diamalkan di negara Arab ataupun Indonesia yang jauh lebih besar masyarakat Islamnya. Ia juga tidak pernah diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

Firman ALLAH: “Panggillah mereka itu (dengan ber’bin’kan) kepada bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi ALLAH.” (Surah Al-Ahzab: 5)
Kata Imam Al-Tabari (meninggal dunia pada 310H) dalam Tafsir Al-Tabari menyebut: “Ayat ini adalah dalil tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Hadis-hadis juga begitu keras menegahnya.”

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW hal ini banyak disebut, antaranya: “Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya.” (Riwayat Bukhari)

Baginda SAW bersabda lagi: “Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya.” (Riwayat Bukhari)

Mengekalkan nama asal Cina Muslim adalah penting kerana ia melambangkan nama generasi dan nama diri mereka.

Memilih nama Arab yang mempunyai makna yang baik sambil mengekalkan nama asal sepenuhnya juga boleh diterima. Bagi mereka yang berketurunan India, Siam, Iban, Bidayuh dan lain-lain, boleh bin/binti kepada nama bapa asal masing-masing.

Asalkan jangan ber’bin’ atau ‘binti’kan Abdullah. Dari segi dakwah, tanggapan masuk Islam sebagai masuk Melayu dapat dihakis dan dapat memberikan gambaran Islam ini universal, untuk semua bangsa dan keturunan.

Sesungguhnya masyarakat Cina tidak anti-Islam. Buktinya, Islam diterima di China apabila Saad Ibnu Waqas membawa tauhid Islam. Cuma mereka tidak mahu dipaksa masuk Melayu.

JOHARI YAP
Pengerusi MACMA Kelantan

Read more

Sambutan Hari Raya Aidilfitri MACMA 2015

Raya-2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Jasamu Dikenang MACMA 2015

Tarikh: 1 Ogos 2015 (Sabtu)

Masa: 11.30 am – 2.30 pm

Tempat: Restoran Haji Sharin Low Grand, Wisma Chinese Chamber, Ground Floor, 258 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Read more

Perutusan Aidilfitri Presiden

Perutusan-presiden-aidilfitri-1436

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah 2015
Profesor Dr Taufiq Yap Yun Hin, FASc
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)

AidilFitri : Memupuk Keharmonian dan Meningkatkan Perpaduan Rakyat Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1436 Hijrah saya bersama seluruh pimpinan MACMA Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, 开斋节快乐 kepada seluruh warga MACMA yang dikasihi.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut Aidil Fitri atau hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki.
Dalam tempoh sebulan Ramadhan 1436 H, saya berharap semua ahli MACMA telah berjaya membina dan menjana ketaqwaan serta mencari keredhaan Allah SWT dalam membentuk diri sebagai insan yang sentiasa taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT. Kekuatan dalaman diri yang terbina dalam bulan Ramadhan juga dapat ditransformasikan sebagai kekuatan untuk meniti kehidupan sebelum Ramadhan tahun hadapan.

Justeru saya menyeru agar kita sebagai masyarakat Cina Muslim di seluruh Malaysia agar dapat meningkatkan rasa kesyukuran, memupuk keharmonian dan memperkasakan hubungan persaudaraan bukan sahaja sesama warga MACMA malah dapat berperanan dalam memupuk kehormanian dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan bangsa dengan kepelbagaian budaya dalam negara tercinta kita, Malaysia. Ini merupakan asas kekuatan dan kejayaan bagi membentuk sebuah negara yang makmur serta menutup segala ruang perpecahan. Masyarakat Cina Islam Malaysia boleh menjadi contoh yang baik untuk memperlihatkan kepada seluruh manusia bahawa Islam sebagai bersifat universal yang tanpa batasan bangsa , warna kulit dan bahasa.

Benarlah Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 13:

“Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal”

dan Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 22:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu”

Sememang hakikatnya Allah SWT menggunakan kuasaNya mencipta manusia dengan kepelbagaian yang multikultural. Justeru bersama-samalah kita seluruh rakyat Malaysia mengenali sesama kita agar kita dapat bekerjasama erat dan jauhilah segala pra-sangka buruk yang tidak memberikan sebarang manafaat kepada mana-mana kaum/bangsa di Malaysia. Saranan saya agar kita sentiasa bermaaf-maafan bagi membentuk satu keluarga Malaysia yang lebih ceria, harmoni, bekerjasama dan berlapang dada. Kepada semua warga MACMA, sambutlah Aidil Fitri dalam lingkungan syariah dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati, sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Akhir kata saya mewakili seluruh pimpinan MACMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga MACMA khasnya dan seluruh muslim amnya.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati kita semua. Ameen.

Read more

Iktikaf Muallaf Pulau Pinang 2015

Alhamdulillah, two-day Penang ‘Itikaf Muallaf was successfully co-organized by Hidayah Centre, MACMA, Institut Al-Qayyim, etc at Penang State Mosque. The activities held were qiamul lail, new muslim courses and tadarus al-Qur’an, objectives were to expose new Muslims on the experience of ‘itikaf inside a masjid solely for the remembrance of Allah. We thank Bro Izwan from New Muslim Care came all the way from KL to be with us for his beneficial knowledge on basic Muslim course and Muslim’s aqidah, jazakaAllahu khair kathira. The program ended successfully on 12 July 3pm. We would like to wish all Muslim happy hunting for the Night of Power in these remaining nights of Ramadhan, may Allah grant us the Lailatul Qadr.macma-penang-iktikaf1macma-penang-iktikaf2

Read more

Iftar MACMA Kelantan

Alhamdulillah, Iftar MACMA Kelantan sudah berjaya diadakan pada 27 Jun 2015 di perkarangan pejabat MACMA Kelantan, Taman Maju. Kira-kira 168 orang ahli telah hadir. Majlis ini turut dihadiri Presiden MACMA Malaysia yang baru, iaitu Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, serta wakil MAIK, Ustaz Ridhwan dan wakil JAHEAIK, Ustaz Wan Nazri. Sumbangan 100 kampit beras juga diberikan kepada ahli-ahli yang hadir. Majlis ini mendapat liputan daripada TV3 dan Sinar Harian.

Laporan Sinar Harian

Laporan Sinar Harian

Iftar-macma-kelantan1

 

Iftar MACMA Kelantan

 

. Dr. Prof Taufiq Yap

 

Read more

Dr. Maszlee Malik – ahli MACMA

MACMA Malaysia mengalu-alukan DR. Maszlee Malik sebagai ahli MACMA. Ibu Dr. Maszlee adalah seorang berketurunan Cina Hakka. Beliau hari ini telah menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden MACMA, Haji Sharin Low. Semoga kehadiran Dr. Maszlee akan dapat membantu melonjakkan pendidikan Cina Muslim di Malaysia.

Maszlee-malik-ahli-macma-1

 

Maszlee-malik-ahli-macma2

Read more

MACMA – BBC Indonesia

Muslim Cina di Malaysia ingin pertahankan tradisi

Laporan BBC Indonesia di pautan – http://www.bbc.com/indonesia/majalah/2015/06/150624_majalah_cina_muslim

Kaum muslim keturunan Cina di Malaysia mengaku masih mengalami diskriminasi lantaran pemerintah meminta mereka mengganti nama dengan nama Arab atau Melayu ketika memeluk agama Islam.

Di Masjid Negeri Cina Malaka, saya bertemu dengan dua mualaf yang baru pertama menjalankan puasa Ramadan tahun ini, yakni Muhammad Thaufiq Loi Fui Liang dan Ting Swee Keong.

Meski keduanya keturunan Cina, ada perbedaan dalam soal pemilihan nama setelah menjadi mualaf.

Muhammad Thaufiq menambah nama Arab di depan nama aslinya, sedangkan Ting tidak.

“Semua harus diubah. Nama menjadi lain, namun muka masih sama. Di sini orang Malaysia mengatakan jika seseorang masuk Islam disebut masuk Melayu. Kalau saya tak ganti nama, saya tetap Cina,” jelas Ting.

null
Presiden MACMA Malaysia Taufiq Yap Yun Hin memutuskan untuk menambah nama Arab di depan nama aslinya.

Meski tak ada aturan tertulis, pergantian nama seseorang yang menjadi mualaf dengan nama Arab atau Melayu merupakan tradisi yang telah berlangsung sejak Malaysia merdeka pada 1957 lalu.

Lim Jooi Soon, pengurus Asosiasi Muslim Cina Malaysia, MACMA Malaka, mengatakan tradisi pergantian nama bagi mualaf ini masih dipraktikkan oleh sejumlah petugas di kantor Majelis Agama di sejumlah negara bagian di Malaysia karena ketidakpahaman mereka.

“Mereka mempraktikkan itu karena tidak memahami. Padahal, kalau kita ikut sunnah Nabi pada zaman Nabi Muhammad SAW, ketika kaum lain masuk Islam, dia tidak meminta orang itu mengganti nama kecuali artinya buruk,” kata Lim.

Dia kemudian mencontohkan tokoh Islam Bilal Al Rabah dari Afrika dan Salman Al Farisi dari Persia.

“Sebelum mereka memeluk Islam dan sesudah mereka masuk Islam, nama mereka sama. Kenapa? Karena memudahkan mereka berdakwah di hadapan bangsa yang sama,” jelas Lim.

Hambatan etnis Cina masuk Islam

Lim merupakan orang etnis Cina pertama yang tidak mengubah namanya ataupun nama bapak ketika memeluk Islam.

Dia mengaku membutuhkan waktu lima tahun untuk berjuang agar tidak mengganti namanya setelah pindah menjadi Muslim.

“Lima tahun untuk berbincang, berdebat, membahas, lalu tunjukan bukti-bukti yang kuat untuk kekalkan nama Cina. Selepas itu banyak orang mudah untuk memeluk agama Islam,” jelas Lim.

null
Meski tak ada aturan tertulis, pergantian nama seseorang yang menjadi mualaf dengan nama Arab atau Melayu merupakan tradisi yang telah berlangsung sejak Malaysia merdeka pada 1957 lalu.

Kekukuhan kaum etnis Cina untuk mempertahankan nama, menurut Lim, berkaitan erat dengan kehormatan keluarga.

“Kalau dia buang nama keluarga, seolah-olah tidak ada hubungan dengan keluarganya. Nama kedua saya ini menunjukkan nama generasi keberapa dan nama terakhir saya itu nama saya sendiri yang berarti menuju kejayaan,” ujar Lim.

Masalah nama ini, menurut Lim, selama ini merupakan hambatan utama bagi etnis Cina Malaysia untuk masuk Islam.

“Saya tak bisa ganti etnis. Saya lahir Cina ya mati pun Cina, tak akan ganti jadi etnis Melayu. Saya tak berganti nama untuk menunjukkan bahwa Islam itu agama universal untuk semua bangsa tak cuma untuk Arab atau Melayu saja,” tambah Lim.

Selain mengganti nama pribadi, orang keturunan Cina yang ingin masuk Islam harus mengganti nama bapak menjadi Abdullah, meski tak ada peraturan tertulis.

Presiden MACMA Malaysia Taufiq Yap Yun Hin mengatakan telah mendesak agar praktik pergantian nama bapak bagi mualaf ini dihapuskan.

“Tidak ada sahabat nabi yang menggunakan Bin Abdullah. Abdullah itu kan artinya hamba Allah. Saya juga telah meminta kepada pihak yang terkait dengan pendaftaran agama ini agar praktik ini diubah dan etnis Cina masih dapat pertahankan nama pribadi dan nama bapak jika memeluk agama Islam,” jelas Taufiq.

null
Nur Caren Chung Yock Lan mengatakan sejumlah tradisi Cina tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Pertahankan budaya Cina

Orang etnis Cina yang memeluk Islam di Malaysia juga harus meninggalkan budaya mereka.

Taufiq mengatakan gaya pakaian dan tradisi Cina lainnya masih dapat dipertahankan selama tidak bertentangan dengan Islam.

Salah seorang muslim Cina, Nur Caren Chung Yock Lan, mengatakan penyebaran Islam seringkali dilakukan dengan menggunakan pendekatan budaya setempat sehingga budaya asal seseorang tidak hilang.

“Perayaan budaya ini tak bertentangan dengan syariat Islam, perayaan kue bulan, kue chang, sambutan tahun baru Cina juga budaya bukan perayaan keagamaan. Kalau dilihat dari sejarah ketika Saad ibnu Waqas berdakwah di Cina dia diterima dengan mudah karena Islam tak membunuh budaya, yang bertukar itu tauhid bukan budaya,” jelas dia.

Caren mengatakan pemahaman ini yang kemudian terus disosialisasikan agar etnis Cina yang berpindah agama tidak meninggalkan budaya mereka.

Read more